Pada
abad ke-20 kini, terdapat pelbagai cara atau metodologi yang boleh
dipraktikkan oleh para pendakwah selain dari dakwah secara lisan dan
hal. Ianya bukanlah satu cara yang mudah akan tetapi perlu secara
terus-menerus. Dakwah bil Kitabah ( Penulisan ) amat bersesuaian dengan
masyarakat kini yang mempunyai pelbagai tabiat. Ada yang malu untuk
bertanya, ada yang tidak sempat atau terlalu sibuk dengan kerja dan
sebagainya. Maka, dengan kaedah ini, sedikit sebanyak akan membantu
mereka bagai menambahkan lagi input di waktu lapang mereka di samping pendakwah boleh menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan Islam.
Dakwah melalui tulisan dapat terus diingati. Seperti contoh, karya ilmuan Buya Hamka yang
telah menulis pelbagai buku. Meskipun kini beliau telah tiada akan
tetapi buku penulisannya masih ramai orang membaca dan tulisannya
seringkali dijadikan rujukan.
Terdapat
dua cara utama yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam bidang
penulisan ini sesuai dengan situasi semasa. Di antaranya melalui :
1. Pembukuan dan Media Cetak
Kini
terdapat ramai di kalangan ulama yang membukukan penulisan mereka.
Dengan cara ini, mereka akan menghuraikan secara terperinci mengenai
sesuatu perbahasan dengan mendalam. Bahkan penulisan mereka juga turut
dijadikan bahan rujukan oleh mahasiswa dan sebagainya di dalam kertas
kerja mereka. Terdapat pelbagai jenis media cetak pada masa kini. Samada
surat khabar, majalah, risalah, jurnal-jurnal dan sebagainya perlu
dipraktikkan. Melalui pelbagai cara ini, gerakan dakwah dapat tersebar
luas bukan hanya di dalam kumpulan masyarakat yang kecil malah di
seantaro dunia.
2. Media Elektronik
Media
elektronik yang sesuai dengan cara penulisan kini ialah dengan melalui
internet iaitu satu jaringan popular pada masa kini lebih-lebih lagi
pada golongan muda. Kadang-kala pengaruh internet memberi kesan yang
hebat kepada mereka, maka adalah menjadi salah satu alternatif yang baik
jika para pendakwah turut menggunakan cara ini. Bukan hanya penulisan
di laman-laman web, blog malah jaringan-jaringan sosial seperti
Facebook, Friendster, Twitter dan sebagainya turut memberi pengaruh yang
besar pada masyarakat lebih-lebih lagi untuk menarik perhatian remaja
kini.
Selain
daripada itu, di antara ciri yang perlu ada dalam sesebuah penulisan
untuk menerbitkan karya-karya berbentuk dakwah Islamiyah mengikut sitausi semasa tetapi tidak melampaui batas-batasnya. Antara cara atau kaedahnya adalah:
1. Penceritaan
Ternyata kini, gaya bentuk penulisan yang bercorak penceritaan semakin diminati. Seperti contoh, karya Ustaz Hasrizal yang bertajuk “ Aku Terima Nikahnya 1 dan 2 ” amat laris di
pasaran. Ini menunjukkan golongan kini terutamanya remaja serta belia
pertengahan usia semakin menggemari gaya penulisan dakwah yang berbentuk
cerita santai. Di samping itu, bentuk-bentuk penceritaan yang
berunsurkan Islam seperti contoh di dalam karya Habibburahman El Shirazy seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 banyak menyentuh aspek kehidupan di dalam Islam sehingga menjadi bualan masyarakat kini.
2. Bahasa
Untuk
seseorang pendakwah mencapai tahap yang terbaik iaitu melangkaui
sehingga peringkat global, seseorang pendakwah itu perlu untuk
berkemahiran dalam pelbagai bahasa antaranya bahasa yang menjadi bahasa
utama dunia iaitu Bahasa Inggeris di samping penggunaan bahasa harian
yang dapat difahami masyarakat sekeliling. Hal ini perlu jika seseorang
pendakwah ini benar-benar mahu berjuang dan menakluki hati-hati betapa
indahnya Islam kepada orang bukan Islam. Dengan cara ini, mungkin ianya
menjadi salah satu medium bagi orang bukan Islam membuka minda mereka
dan menerima Islam dengan hanya membaca tulisan-tulisan ini sekaligus
mereka ingin mengetahui dan mendekati Islam lagi.
Buy tecate titanium - Tantric Arts
BalasHapusTackled headboard, ridge titanium wallet Tackled body, and headboard for more immersive titanium mens wedding bands gaming titanium rainbow quartz and titanium linear compensator gaming experiences. This is a classic Chinese aluminum razor. titanium earrings hoops We've been